Monday, August 2, 2010

Taklimat EXPEMA

Perhatian kepada semua peserta EXPEMA
Satu taklimat akan diadakan pada

3 Ogos 2010
Bilik UPSM
9.00 malam

Kehadiran adalah diwajibkan bagi peserta di UKM

Wednesday, July 28, 2010

Monday, July 19, 2010

Tentatif EXPEMA

4 Ogos 2010 (Rabu)

10 mlm - Bertolak ke Dabong,Kelantan

5 OGOS 2010 (Khamis)
6.30 pg - Tiba di Dabong, Kelantan
Solat Subuh & Sarapan
Persiapan diri

8 pg - Berkumpul di Dataran Gua Ikan.
Sesi Interaksi bersama jurupandu.
Ekspedisi Jelajah Gua (bersama jurupandu).

11.30 pg - Persiapan diri dan kumpulan
Pembahagian item kumpulan.
Solat jamak/ makan tengahari

2.30 ptg - Bergerak masuk ke Gunong Stong State Park Resort.
Taklimat oleh jurupandu.

3.30 ptg - Mula pendakian ke Kem Baha

5.30 ptg - Sampai di Kem Baha/ Mendirikan khemah

8 mlm - Rehat / Solat/ Makan/ Tidur

6 Ogos 2010 (Jumaat)
6.30 pg - Persiapan Diri / Solat Subuh / sarapan /Senaman ringan

9 pg - Memulakan pendakian ke puncak

1 ptg - Tiba di puncak Gunung Stong

2.30 ptg - Turun ke Kem Baha
Makan tengahari/ rehat
Solat/ makan malam
Tidur / Solat/ makan malam

7 Ogos 2010(Sabtu)
6 pg - Persiapan diri / Solat Subuh / sarapan/
Taklimat Jurupandu

10 pg - Ekspedisi Jelajah Jelawang Jungle (E3J)
-Telaga Tujuh
-Pertemuan air terjun
-slide waterfall

2 ptg - Pulang ke Kem Baha
Persiapan diri
Makan tengahari
Penyampaian sijil kepada peserta

4.30 ptg - Memulakan perjalanan turun dari Kem Baha

5.30 ptg - Tiba di Gunong Stong State park Resort.
Persiapan diri/ Solat/ Persiapan BBQ

9 mlm - Sesi perkongsian dan Majlis BBQ
Rehat/ Tidur

8 Ogos 2010 (Ahad)
8 pg - Gotong-royong persediaan

11 pg - Majlis Perasmian Penutup EXPEMA 2010
Oleh :
Y.B Datuk Mustapa bin Mohamad,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Sesi fotografi.

5.30 ptg - Bertolak pulang ke UKM/ IPT masing-masing

*Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak kami dan akan diberitahu dari semasa ke semasa

"Mahasiswa Berkeyakinan, Pencetus Transformasi"

Sunday, July 18, 2010

Berita Baik!!!

Berita Baik Untuk Anda di Luar sana!!!!!
Di atas pertimbangan daripada pihak kami
Yuran penyertaan telah diletakkan di dalam 2 kategori

RM 100 - bayaran untuk pelajar IPT bukan di bawah HEP (tanpa baju)
RM 200 - bayaran untuk orang awam dan mereka yang telah bekerja
serta pelajar IPT di bawah HEP (termasuk baju)

Jadi apa tunggu lagi??!!!
Mari sertai beramai-ramai
Ekspedisi Pendakian Mahasiswa IPT 1Malaysia
Gunung Stong,Kelantan
Berikan nama anda di
expema_upsm@yahoo.com
Sebelum 22 Julai 2010

Monday, July 5, 2010

Perhatian kepada peserta EXPEMA

Salam

Kepada semua peserta adalah diingatkan bahawa untuk membawa semua barang/alat ini ketika program EXPEMA berjalan nanti:-

1) Lampu Kepala
2)Bateri Lampu
3)Kasut Getah
4)Sleeping Bag
5)Pelapik Khemah
6)Khemah (Jika Ada)
7) Portable Gas
8) Baju Hujan

Dan juga barang keperluan yang lain sepanjang ekspedisi ini
*Senarai yang dinyatakan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa



Saturday, July 3, 2010

Persediaan Mendaki

Salam dan Selamat Sejahtera semua!!

Kita dah tau macam mana pemandangan Gunung Stong tu..
Kita dah tak sabar nak naik Gunung Stong tu kan??
Tapi semua dh bersedia ke??
Dah tahu barang apa yang perlu dibawa??
Macam mana nak elakkan diri pancit masa mendaki??
Takpe, jangan risau
Kami nak bagi sedikit tips kat sini..

Yang pertama, pastikan anda telah melakukan latihan fitness yang secukupnya sebelum
melakukan pendakian untuk mengelakkan masalah semasa proses pendakian kelak.
Latihan fitness ni termasuklah berjoging, senaman ringan bagi menguatkan bahagian kaki dan pengawalan nafas yang baik untuk mengelakkan semput semasa mendaki.

Selain itu, bawa hanya barang yang perlu sahaja semasa mendaki gunung bagi mengelakkan
pertambahan berat dan pembaziran tenaga berlaku.

Beg dan barang yang dibawa juga perlu disusun dengan betul agar bahu kita tak terseksa masa mendaki. Kalau beg tu berat sebelah, sakit badan dibuatnya nak mendaki nanti.

Faktor Pembahagian Berat mengikut kecerunan

Faktor pembahagian berat yang betul merupakan hal yang perlu menjadi perhatian kita, pada laluan yang landai,barangan yang berat ditempatkan dibahagian atas dekat dengan kepala, barangan yang beratnya sederhana diletakkan di dua bahagian iaitu dibahagian tengah ( dekat punggung ) dan di bahagian atas luar menutup bahagian berat. Item yg ringan diletakkan dibahagian tengah luar.

Pada Laluan yang curam barang yang sederhana berat diletakkan diletakkan di bahagian atas, barangan yang berat diletakkan dibahagian punggung dan pinggang, bahagian yang paling ringan diletakkan pada bahagian luar menutupi barang yang paling berat. Pada ke dua jenis aturan ini Sleeping bag diletakkan dibahagian bawah sekali.


Jadi semua dapat kan apa yang cuba disampaikan di sini?? Dah tak sabar-sabar nak naik ni, tapi pastikan kesihatan anda semua yang hendak mengikuti ekspedisi ini sentiasa terjaga ok!!

Salam EXPEMA!!


"Mahasiswa Berkeyakinan, Pencetus Transformasi"



Friday, July 2, 2010

Cantik tak tempat tu?


Salam
Hai semua!!
Mesti ramai yang dah tau pasal Gunung Stong,Kelantan kan?
Jadi kat sini, saya nak cerita serba sedikit pasal Gunung Stong, Kelantan
Jom kita meneroka Gunung Stong secara maya!!!

Kat atas ni la pemandangan Gunung Stong dari bawah... excited nak naik bln 8 ni!!

Gunung Stong terletak di Dabong,Kelantan dan mempunyai ketinggian 1442m dari paras laut..
Perjalanan untuk mendaki Gunung Stong hingga ke puncak mengambil masa kira-kira 2 jam dari Gua Bogor.
Dalam perjalanan nak naik ni banyak tempat dan pemandangan menarik yang kita boleh nikmati..


Ada air terjun!!!
air terjun Y sebab air terjun ni mengalir dari dua gunung iaitu Gunung Stong dan Gunung Ayam
Ada lagenda pasal air terjun ni.. Dikatakan sesape yang minum air daripada air terjun ni dapat mengekalkan kemudaan kita.. Jadi sape yang rasa nak kekal awet muda boleh la minum air terjun ni bila naik nanti k.. hehehe

Bukan air terjun je yang ada kat sini...
Ada tempat untuk berkhemah di Kem Baha.. Jadi bila rasa dah penat berjalan tu boleh la rehat-rehat di Kem Baha ni..
Apa yang lagi menariknya bila kita boleh pergi ke Kolam Tuan Puteri dalam masa seminit dengan berjalan kaki je!!! Bukan tu je, kita boleh berjalan 25 minit untuk sampai di Telaga Tujuh..
Wah, seronoknya!!!!


Ni pemandangan dari atas puncak


Hah, kalau nak rasa macam mana seronoknya meneroka Gunung Stong ni
Mari la sertai kami dalam Ekspedisi Pendakian Mahasiswa IPTA 1Malaysia!!

"Mahasiswa Berkeyakinan, Pencetus Trasnformasi"